Alat Pemasak Suria (Solar Cooking Device)


Alat ini merupakan medium yang paling baik dalam menerangkan beberapa konsep asas fizik seperti pantulan cahaya, haba dan suhu, keseimbangan terma, kekondusian haba dan lain- lain. Selain daripada pembinaannya yang sangat ringkas serta mudah diselenggarakan bahan utama dalam menghasilkan alat ini adalah terdiri daripada bahan kitar semula iaitu kotak-kotak kosong yang tidak digunakan dan beberapa bahan yang lain dengan kos yang sangat rendah. Alat pemasak suria yang juga merupakan alat pemasak yang mesra alam(environmentally friendly) ini memang terkenal di negara-negara Benua Afrika yang menggunakan alat ini sebagai satu alternatif bagi menghasilkan tenaga haba untuk memasak makanan. Di kebanyakan negara barat pula, alat pemasak suria ini dijadikan sebagai satu hobi yang menarik bagi mereka walaupun negara mereka mempunyai pelbagai sumber tenaga yang sangat mencukupi.
Berikut merupakan beberapa contoh rekabentuk alat pemasak suria:










Memasak dengan menggunakan alat pemasak suria daripada kotak dan alminium foil




Simulasi ijtimak Planet-planet bermula dari 27 Julai hingga 15 Ogos

Sila klik pada link yang disediakan di bawah untuk melihat simulasi tersebut...
Beberapa planet sudah agak jelas kelihatan di sandakan di ufuk barat langit...
1. Simulasi ijtimak Planet-planet bermula dari 27 Julai hingga 15 Ogos


Untuk mendapatkan software simulasi (stellarium), sila klik
1. Stellarium Sofware

Selamat Mencerap...

sumber dari : falak online

Adakah anda mempunyai hobi yang menarik?

Sila klik pada gambar untuk imej yang jelas..

Fenomena ‘Gerhana Zuhrah’


Pada 16 Mei 2010, sebuah fenomena menarik akan berlaku dan dapat dilihat di langit Malaysia. Bulan akan kelihatan melindungi planet Zuhrah buat beberapa ketika bermula sekitar 7.30 PM hingga sekitar 8.30 PM. Fenomena ini dipanggil sebagai Penghijaban atau Occultation. Ia berlaku apabila pergerakan Bulan membawanya bergerak melintasi di hadapan planet Zuhrah, yang mana pada ketika itu berada berhampiran dengan kedudukan Bulan.Di Sabah pukul berapa? Sila klik link di bawah ini untuk penerangan lanjut..
http://www.falak-online.net/portalfalak/content/4/5/2010/gerhana-zuhrah-16-mei-2010

Kalau sudah anji**.....