Alat Pemasak Suria (Solar Cooking Device)


Alat ini merupakan medium yang paling baik dalam menerangkan beberapa konsep asas fizik seperti pantulan cahaya, haba dan suhu, keseimbangan terma, kekondusian haba dan lain- lain. Selain daripada pembinaannya yang sangat ringkas serta mudah diselenggarakan bahan utama dalam menghasilkan alat ini adalah terdiri daripada bahan kitar semula iaitu kotak-kotak kosong yang tidak digunakan dan beberapa bahan yang lain dengan kos yang sangat rendah. Alat pemasak suria yang juga merupakan alat pemasak yang mesra alam(environmentally friendly) ini memang terkenal di negara-negara Benua Afrika yang menggunakan alat ini sebagai satu alternatif bagi menghasilkan tenaga haba untuk memasak makanan. Di kebanyakan negara barat pula, alat pemasak suria ini dijadikan sebagai satu hobi yang menarik bagi mereka walaupun negara mereka mempunyai pelbagai sumber tenaga yang sangat mencukupi.
Berikut merupakan beberapa contoh rekabentuk alat pemasak suria:










Memasak dengan menggunakan alat pemasak suria daripada kotak dan alminium foil




Tiada ulasan: